Friday, July 2, 2010

SEMUA ADA DI TELUK BATIK

Salam perkenalan kepada semua blogger dan mereka yang gemar melawati tempat percutian baru.Blog ini aku hasilkan khusus untuk berkongsi pengalaman aku meneroka tempat-tempat menarik untuk bercuti.
untuk pertemuan pertama ini aku nak kenalkan korang dengan satu tempat percutian terkenal di PERAK iaitu teluk batik.

bagi mereka yang diluar PERAK ,tempat ini lebih kurang 3 jam perjalanan dari KUALA LUMPUR dan lebih kurang 85 km dari bandar IPOH.
antara sebab tempat ini mejadi pilihan aku kerana ia bukan sekadar tempat untuk pengunjung bermandi manda tetapi juga boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik yang ada di sini.Antaranya:-
-berkayak
-memancing
-banana bot
-berkhamah
-menunggang kuda
-jungle tracking
-paintball
-snorkeling (Malaysia First Inland Snorkeling)


Dekat sini juga ada disediakan gerai makanan dan gerai untuk cendera hati.
Boleh kata satu hari tu memang tak cukupla nak menikmati aktiviti kata sini.
Sealain itu korang juga boleh melawat ke muzium siput yang ada di sini.
Untuk pengetahuan korang muzium ini teh dirasmi dan di buka kepada umum pada 13 may 2007
Di muzium ini ada dipamirkan pelbagai jenis siput dari dalam dan luar negara dan dari yang masih wujud sehingga yang dah pupus,fosillah tu katakan!
Bagi korang yang nak bermalam plak,dekat sini ada disediakan bermacam-macam tempat penginapan daripada resort yang besar hinga ke chalet yang kecil,"yang menyeramkan pun ada!".Tak cukup dengan tu ada plak home stay.

Untuk korang yang ada banyak duit sikit bolehlah cuba menginap di Marina Cove Resort.

Resort ni mempamirkan konsep apartments.Ianya merupakan sebuah resort yang ada pelbagai kemudahan dan aktiviti yang tersendiri seperti:-
-seminar ,conferences and meeting facilities
-recreational activities
-food outlets