Saturday, July 17, 2010

SEGARI BAHAGIAN SATU

Untuk kembara kali ni aku nak bawak korang ke satu destinasi yang agak terpencil iaitu SEGARI.Tempat ini terletak kira2 80km dari IPOH dan kira2 30 minit perjalanan dari LUMUT.
Walaupun berada di kawasan yang agak terasing dari kelompok percutian,tetapi SEGARI mempunyai pelbagai tempat untuk dilawati yang selama ini tidak diketahui oleh ramai.

Pertama sekali yang aku cari sebaik aku tiba di sini ialah tempat penginapan.
Tanya punya tanya akhirnay aku diberitahu terdapat tempat penginapan yang menarik di TELUK SENANGIN SEGARI,tak sangka di sini terdapat kawasan pantai peranginan juga rupanya.

simpang masuk ke teluk senangin

pintu masuk ke teluk senangin

replika batu teluk senangin

pantai teluk senangin

Bagi korang yang gemarkan suasana percutian privacy,TELUK SENANGIN merupakan tempat yang terbaik.
Di sini terdapat terdapat pelbagai jenis chalet untuk korang bermalam antaranya Mesra Chalet,Pak Ya Chalet and Mini Camp,Teluk Senangin Chalet,Sri Senangin Village dan lain2....


di idaman chalet


pak ya chalet


sri senangin village

Untuk malam ni aku memilih Chalet Seri Senangin Village sebagai tempat penginapan.Kedudukan Chalet ni yang berada berhadapan dengan pantai serta pemandangannya yang cantik telah menarik perhatian aku.
Bukan itu saja chalet ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti dewan yang berkonsepkan open air,surau,BBQ pit,tandas luar untuk meraka yang mandi pantai dan lain2,pendak kata kalau nak buat family day  memang sesuai la.

bentuk chalet di sri senangin village

surau

bahagian hadapan chalet







Untuk pengetahuan korang yang ingin mandi di sini,teluk senangin mempunyai bahagian pantai yang curam dan juga landai,oleh itu sebelum mandi korang hendaklah memastikan keadaan pantai terlebih dahulu.
Bagi korang yang membawa anak eloklah mandi di kawasan yang landai.

Selain mandi aktiviti pantai lain yang boleh diikuti di sini ialah mencari remis dan kepah...korek aje pasir kat situ,granti mesti dapat punyalah.Kalau korang nak makan segar aku cadangkan pakai aja air laut untuk rebus remis yang korang dapat tadi,tak perlu tambah apa2....pasti sedap punya lah.
Selain daripada itu bagi meraka yang gemarkan aktiviti memancing,di sini juga ada disediakan kawasan untuk memancing.Bekalan umpan pun boleh didapati di sini.

mencari remis
Pada waktu malam pula aktiviti yang terbaik pastinya BBQ,membakar ayam,daging atau ikan ditemani angin pantai pastinya sesuatu yang indah ditambah pula alunan muzik bagi meraka yang berkaraoke,ianya merupakan pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan.

pemandangan matahari terbenam

Untuk pengetahuan korang lagi teluk senangin juga merupakan kawasan persinggahan bot2 nelayan.Oleh kerana kawasan ini terletak berhampiran dengan perkampungan nelayan jadi memang tak susah kalau tak nampak bot nelayan yang berulang alik di situ.

bot-bot nelayan

Selain daripada pantai peranginan teluk senangin di sini juga terdapat satu lagi kawasan peranginan yang amat popular iaitu DAMAI LAUT GLOF & CONTRY CLUB.Terletak kira2 7km dari teluk senangin,damai laut memaparkan pelbagai pakej percutian yang menarik.Selain itu ianya merupakan tempat percutian yang sesuai bagi meraka yang mengemari permainan golf.

papan tanda masuk ke damai laut

simpang masuk ke damai laut


swiss-garden golf resort & spa damai laut

Selepas puas mandi di pantai aku pun bercadang untuk pergi ke suatu tempat yang agak menarik iaitu damar laut.Ramai orang cakap kalau nak melihat pemandangan yang indah  di sini,DAMAR LAUT adalah tempat yang sesuai.Terletak kira2 15 minit perjalanan dari teluk senangin,DAMAR LAUT memaparkan pemandangan laut yang indah.Pemandangan seperti pelabuhan lumut atau pengkalan tentera laut (TLDM) boleh dilihat dari jeti awam damar laut di sini.

jeti awam damai laut









pemandangan pelabuhan lumut dari jeti


pemandangan pengkalan tldm dari jeti damar laut


pemandangan lumut dari jeti damar laut

pemandangan kapal berlabuh



Oklah biar aku stop kat sini dulu,belum habis lagi tau,nantikan sambungan  di bahagian  ke 2 pada minggu hadapan!!!!....



**Posted By Azz (Permenen Member of dikembara.blogsprot.com)