Tuesday, August 10, 2010

Teluk Rubiah Beach & Golf Resort

Hari ni aku nak cerita kat korang tentang 1 lagi kawasan peranginan yang aku rasa tak kurang menariknya iaitu Teluk Rubiah Beach & Golf Resort.
Teluk Rubiah terletak  bersebelahan dengan Teluk Batik dan kira2 90km jarak dari IPOH.Masa mula2 aku nak datang kat sini punyalah susah,pulak dah tu 'papan tanda' pun tak banyak!aku pun tak tau lah kenapa,mungkin tempat ni kurang popular agaknya.
Entah dah berapa kali aku terpaksa patah balik sebab salah masuk jalan sampai aku dah naik muak rasanya,nasib baiklah saat sebelum aku putus asa terjumpa jugak dengan 'papan tanda Teluk Rubiah',itu pun 3km sebelum masuk.


Dah puas aku pusing baru aku jumpa papan tanda ni!!!


Agak terkejut  jugak aku setelah sampai sebab tempat tu memang agak suram,'sunyi la tu' tak seperti kawasan peranginan lain yang aku pernah pergi sebelum ni.Tapi dari permerhatian aku walaupun tempat ni agak sunyi sebenarnya ia sebuah tempat peranginan yang menarik.


Kalau nak ikutkan tempat ni lengkap dengan pekej2  percutian yang sepatutnaya boleh menarik minat pengunjung tapi mungkin keadaan kawasan yang agak pedalaman dan kurangnya promosi yang menyebabkan tempat ini kurang dikunjungi.
Tapi apa pun bagi aku tempat ni memang boleh layan.


Memang sunyi sepi,tempat yang macam ni cantik tapi takde pengunjung memang sayang


Bentuk chalet yang separa tradisional memang menarik perhatian aku


Chalet ni ada dua bahagian bersebelahan dan bertingkat lengkap dengan penghawa dingin,orang putih panggil air cond.


Kawasan pemandangan hijau segar yang boleh dilihat dari luar chalet


Memang menenangkan pendak kata tak rugilah kalau datang kat sini walaupun hampir sesat!


Pantai pun boleh tahan


Suasana pantai ni lebih sesuai bagi korang yang gemarkan suasana sunyi


Ada restoran lagi,betul2 kat depan pantai


Tapi kenapalah restoren ni sunyi sangat? agaknya dibuka dibuka waktu ramai pengunjung aja kot


Tempat makan ni memang open air,kalau waktu malam memang sesuailah.


Bagi yang gemarkan memancing,bot pun ada disediakan

Ok bagi korang yang berminat, kadar harga adalah seperti berikut :

1. Package Day Use ( 8.00 am hingga 1.00 pm )
    Deluxe room                RM 80.00 (Day Use Only)                        
    Telematch                    RM 5.00 per head for 5 games
    Mini Explore Race       RM 5.00 per head
    Jungle tracking             RM 5.00 per head (termasuk air mineral dan pemandu arah)

 2. Package stay
     Deluxe                        RM 140.00  Untuk 2 orang (1Queen bed)
     Duplex                        RM 230.00  Untuk 4 orang (1Queen bed dan 2 tilam tambahan)
     Suite                           RM 400.00  Untuk 4 orang (1 King bed,sofa bed dan dry kitchen)
     J/Suite                         RM 300.00  Untuk 6 orang (2 Queen bed dan 2 Single bed)

3.  Trip memancing
     Pulau katak                                         RM 140.00 (6-7 orang)
     Memancing diatas bot (pulau katak)    RM 270.00 (4 orang - 6 jam)
     Ronda kawasan pulau katak dgn bot   RM 15.00    (seorang)
     Pulau sembilan                                    RM 130.00  (seorang)

4.  Karaoke set               RM 400.00 (beserta CD) / RM 300.00 (tanpa CD)                 
5.  PA system                  RM 150.00
6.  Seminar hall                RM 200.00 per day
7.  Paint ball                    RM 65.00 per person (200 pallet)

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
tel     : 05-6887300
Fax   : 05-6886588
HP    : 012-9018378 (Miss June - Front Office Supervisor)


Ha....macam na korang rasa menarik tak?aku tak tau la apa korang punya opinian tapi bagi aku kalau tempat ni diberikan sentuhan yang baik tak mustahil ia akan tempat percutian yang menarik satu hari nanti.Oklah sampai kat sini dulu,banyak lagi tempat menarik yang aku nak kenalkan kat korang nanti so jumpa lagi!!!!




**Posted by Azz (permenan member of dikembara.blogspot.com)