Teluk Rubiah terletak bersebelahan dengan Teluk Batik dan kira2 90km jarak dari IPOH.Masa mula2 aku nak datang kat sini punyalah susah,pulak dah tu 'papan tanda' pun tak banyak!aku pun tak tau lah kenapa,mungkin tempat ni kurang popular agaknya.
Entah dah berapa kali aku terpaksa patah balik sebab salah masuk jalan sampai aku dah naik muak rasanya,nasib baiklah saat sebelum aku putus asa terjumpa jugak dengan 'papan tanda Teluk Rubiah',itu pun 3km sebelum masuk.
Dah puas aku pusing baru aku jumpa papan tanda ni!!!
Kalau nak ikutkan tempat ni lengkap dengan pekej2 percutian yang sepatutnaya boleh menarik minat pengunjung tapi mungkin keadaan kawasan yang agak pedalaman dan kurangnya promosi yang menyebabkan tempat ini kurang dikunjungi.
Tapi apa pun bagi aku tempat ni memang boleh layan.
Memang sunyi sepi,tempat yang macam ni cantik tapi takde pengunjung memang sayang
Bentuk chalet yang separa tradisional memang menarik perhatian aku
Chalet ni ada dua bahagian bersebelahan dan bertingkat lengkap dengan penghawa dingin,orang putih panggil air cond.
Kawasan pemandangan hijau segar yang boleh dilihat dari luar chalet
Memang menenangkan pendak kata tak rugilah kalau datang kat sini walaupun hampir sesat!
Pantai pun boleh tahan
Suasana pantai ni lebih sesuai bagi korang yang gemarkan suasana sunyi
Ada restoran lagi,betul2 kat depan pantai
Tapi kenapalah restoren ni sunyi sangat? agaknya dibuka dibuka waktu ramai pengunjung aja kot
Tempat makan ni memang open air,kalau waktu malam memang sesuailah.
Bagi yang gemarkan memancing,bot pun ada disediakan
Ok bagi korang yang berminat, kadar harga adalah seperti berikut :
1. Package Day Use ( 8.00 am hingga 1.00 pm )
Deluxe room RM 80.00 (Day Use Only)
Telematch RM 5.00 per head for 5 games
Mini Explore Race RM 5.00 per head
Jungle tracking RM 5.00 per head (termasuk air mineral dan pemandu arah)
2. Package stay
Deluxe RM 140.00 Untuk 2 orang (1Queen bed)
Duplex RM 230.00 Untuk 4 orang (1Queen bed dan 2 tilam tambahan)
Suite RM 400.00 Untuk 4 orang (1 King bed,sofa bed dan dry kitchen)
J/Suite RM 300.00 Untuk 6 orang (2 Queen bed dan 2 Single bed)
3. Trip memancing
Pulau katak RM 140.00 (6-7 orang)
Memancing diatas bot (pulau katak) RM 270.00 (4 orang - 6 jam)
Ronda kawasan pulau katak dgn bot RM 15.00 (seorang)
Pulau sembilan RM 130.00 (seorang)
4. Karaoke set RM 400.00 (beserta CD) / RM 300.00 (tanpa CD)
5. PA system RM 150.00
6. Seminar hall RM 200.00 per day
7. Paint ball RM 65.00 per person (200 pallet)
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
tel : 05-6887300
Fax : 05-6886588
HP : 012-9018378 (Miss June - Front Office Supervisor)
Ha....macam na korang rasa menarik tak?aku tak tau la apa korang punya opinian tapi bagi aku kalau tempat ni diberikan sentuhan yang baik tak mustahil ia akan tempat percutian yang menarik satu hari nanti.Oklah sampai kat sini dulu,banyak lagi tempat menarik yang aku nak kenalkan kat korang nanti so jumpa lagi!!!!
**Posted by Azz (permenan member of dikembara.blogspot.com)
No comments:
Post a Comment