Wednesday, July 28, 2010

SEGARI BAHAGIAN KEDUA (Catatan XPDC mencari Penyu Menangis)

Apa kabar semua? ni adalah catatan rengkas aku sewaktu aku melawat ke Pusat Pengurusan Penyu Pasir Panjang diharap catatan ini dapat memberi serba sedikit maklumat yang berguna kepada korang tentang tempatni, selamat membaca.

                                                                                                                                                         Waktu    : 8.30 am
Lokasi    : Teluk Senangin
aktiviti     :
Bangun tido, mandi dan sarapan harini kami nak pegi Pasir Panjang, sepatutnya kami kena bergerak pagi-pagi ni tapi budak sorang ni tak bangun tido lagi sampaila aku habis sarapan. Oi... bangun la aku dah nak gerak ni karang aku tinggalkan baru tau.

Waktu   : 10.30 am
Lokasi   : Masih kat teluk Senangin
Aktiviti  :
Stat moto terus gerak.
Catatan :
Budak ni mandi je dah nak dekat 1 jam besiap 1 jam ( macam perempuan aku tengok)

Waktu  : 11.00 am
Lokasi  : Pekan Segari.
Aktiviti  :
Teruskan Perjalanan ke Pasir Panjang (Lebih kurang 2 Km dari sini)
Catatan :
Pekan Segari ni kecil je aku tengok takde apa yang menarik pun cuma ada sebaris kedai dikiri kanan jalan.


Pemandangan pekan kecil Segari diwaktu pagi


Waktu   : 11.15 am
Lokasi   : Simpang tiga Pasir Panjang
Aktiviti  :
Teruskan perjalanan ke lokasi tujuan kami (lebih kurang 7 Km dari simpang ni)
Catatan :
Kalau Korang datang dari simpang jalan Lumut-Pantai Remis jarak nya lebih kurang 5 Km, tapi jangan takut sebab banyak papan tanda sepanjang jalan ke sini tak kira korang ikut jalan mana pun mesti tak sesat punya. Kat simpang jalan ni ada sebuah gerai makan, Sebenarnya satu-satunya gerai makan kat sini jadi kalau korang nak makan sebelum masuk kat dalam silakan lah makan kat sini makanan dia boleh tahan gak.



Papan tanda arah ke Pusat Pengurusan Penyu Pasir Panjang.

Waktu   : 11.40 am
Lokasi   : Satu lagi simpang tiga (banyak betul simpang tiga kat sini).
Aktiviti  :
Apa lagi teruskan perjalanan lah.(lebih kurang 1 Km dari sini sampailah ke tempat yang kami nak pegi ni)
Catatan :
Dari simpang tiga pasir panjang untuk sampai ke simpang tiga ni korang akan melalui kawasan ladang kelapa sawit dan kawasan penternakan ayam, tapi jangan risau ade papan tanda untuk menunjukkan jalan kat sini walaupun tempat ni agak terpencil.


Satu lagi simpang tiga yang akan anda temui sebelum sampai ke destinasi yang dituju
Waktu   : 11.42 am
Lokasi   : Depan Baitul Hilal
Aktiviti  :
Teruskan lagi perjalanan cuma perlu keliling tempat ni je.
Catatan :
Korang tau ke tak Baitul Hilal tu ape?, ni la tempat untuk tengok anak bulan bila nak puasa dan sambut hari raya, tinggi gak tempat dia penatla nak panjat sebab tade lif kat sini.



Papan tanda pintu masuk ke Baitul Hilal


Menara ni la tempat kaki tangan jabatan agama islam tengok anak bulan untuk menentukan tarikh mula puasa dan hari raya.


Waktu   : 11.45 am
Lokasi   : Dah sampai kat tempat yang kami nak pegi (Pusat Pengurusan Penyu Pasinr Panjang)
Aktiviti  :
Pegi kat tepi pantai dulu, jalan-jalan.
Catatan :
Kat belakang Baitul Hilal ni lah tempat dia, kawasan laut kat sini memang cantik dan bersih, aku rasa ni la kawasan laut yang paling kurang sampah dan kotoran yang pernah aku sampai. untuk mandi manda kat sini aku tak pasti la sebab kawasan nya agak curam ombak dia kuat pulak tu, tapi bagi kaki pancing yang suam-suam kuku macam aku ni tempat ni memang sesuai untuk memancing.








Waktu   : 12.00 am
Lokasi   : Depan pintu masuk Pusat Pengurusan Penyu.
Aktiviti  :
Ape lagi pegi tengok penyu le.
Catatan :
Ni maklumat penting kalau korang nak datang sini datang la awal-awal pagi sebab bila kami masuk pukul 12.00 pagi penjaga kawasan ni dah keluar makan yang tinggal cuma tukang kebun saje ( ni semua salah budak sorang ni sebab lambat bangun pagi) jadi takdela orang yang nak jadi pemandu pelancung kami, hai bengang nya.
Kat bawah ni ada beberapa keping gambar yang aku ambil untuk tatapan korang tentang gambaran dalam pusat pengurusan penyu ni :
Sebelum tu ni serba sedikit maklumat tentang tempat ni, dibina pada sekitar tahun 1990 diatas tanah dengan keluasan 0.1 ekar, kajian kesesuaian tempat ni bermula pada tahun 1989 dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perikanan dan WWF. Terdapat dua jenis penyu yang sering mendarat kat sini iaitu Penyu Agar dan Penyu Lipas, dimana waktu mendarat Pada bulan Mac hingga Julai, masuk kesini adalah percuma.




Papan tanda pintu masuk ke dalam Pusat Pengurusan Penyu Segari kalau tak jumpa papan tanda ni korang dah masuk ke pusat lain le tu




Sebelum masuk baca dulu papan tanda waktu melawat ni, tapi kalau korang datang pukul 12.00 am penjaga tempat ni dah takde oleh sebab tu sepatutnya dia tulis waktu melawat 10.00 am - 12.00 am baru betul





Sebelum korang pusing-pusing tempat ni masuk bangunan ni dulu sebab hampir semua maklumat tentang penyu boleh didapati kat sini




Ni la rangka penyu yang dipamerkan kat sini



Ni rangka cengkerang penyu yang juga dipamerkan kat sini.




selain dari rangka penyu kat sini jugak banyak maklumat tentang penyu seperti perkara-perkara yang menyebabkan penyu hampir pupus




Ni pulak maklumat tentang aktiviti pemuliharaan penyu yang dijalankan serta banyak lagi seperti jenis-jenis penyu yang terdapat kat dunia dan maklumat tentang Pusat Pengurusan Penyu ni




 



selepas puas membaca maklumat tentang penyu ni apalagi kita pusing-pusing lah tempat ni mula-mula tempat penetasan penyu tapi sayang kami tak dapat masuk.



Melihat dari jumlah sangkar besi yang digunakan agak banyak jugak penyu yang mendarat dan bertelur kat kawasan pantai ni



Tempat ketiga yang wajip korang singgah ialah kolam ni (tangki asuhan anak penyu) kat sini ditempatkan anak-anak penyu yang baru menetas banyak tu



Pastu kolam ni kat sini banyak penyu yang besar ditempatkan jenis penyu tak pasti sebab takde orang nak ditanya (tapi kalau tak silap aku penyu jenis lipas)



Ni gambar dua ekor penyu yang sedang berdeting



Selain daripada penyu kat sini jugak ada dipamerkan Tuntung Laut ni kali pertama aku tengok binatang ni, aku ingat cuma ada tuntung sungai je.

Waktu   : 12.30 pm
Lokasi   : Depan pintu masuk Pusat Pengurusan Penyu.
Aktiviti  :
Balik perut dah bebunyi. 
Catatan :
Sampai kat sini je pengembaraan kami kat Pasir Panjang ni, jadi bagi korang yang berminat tentang penyu sila-silalah datang kesini. Hargailah apa yang kita ada sebelum ia hilang dari depan mata untuk selama-lamanya.

PS. Bagi mereka yang nak datang kesini aku ada beberapa nasihat untuk korang
       i  - Datang awal sikit
       ii - Makan dulu,kalau nak bawa makanan kat sini tolong jangan buang sampah merata-rata.
       iii- Paling penting kalau nak datang waktu pagi jangan ajak kawan yang susah nak bangun tido.


**Posted by N (Permenen Member of dikembara.blogspot.com)

No comments: