Walaupun berada di kawasan yang agak terasing dari kelompok percutian,tetapi SEGARI mempunyai pelbagai tempat untuk dilawati yang selama ini tidak diketahui oleh ramai.
Pertama sekali yang aku cari sebaik aku tiba di sini ialah tempat penginapan.
Tanya punya tanya akhirnay aku diberitahu terdapat tempat penginapan yang menarik di TELUK SENANGIN SEGARI,tak sangka di sini terdapat kawasan pantai peranginan juga rupanya.
simpang masuk ke teluk senangin
pintu masuk ke teluk senangin
replika batu teluk senangin
pantai teluk senangin
Bagi korang yang gemarkan suasana percutian privacy,TELUK SENANGIN merupakan tempat yang terbaik.
Di sini terdapat terdapat pelbagai jenis chalet untuk korang bermalam antaranya Mesra Chalet,Pak Ya Chalet and Mini Camp,Teluk Senangin Chalet,Sri Senangin Village dan lain2....
di idaman chalet
pak ya chalet
sri senangin village
Bukan itu saja chalet ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti dewan yang berkonsepkan open air,surau,BBQ pit,tandas luar untuk meraka yang mandi pantai dan lain2,pendak kata kalau nak buat family day memang sesuai la.
bentuk chalet di sri senangin village
surau
bahagian hadapan chalet
Untuk pengetahuan korang yang ingin mandi di sini,teluk senangin mempunyai bahagian pantai yang curam dan juga landai,oleh itu sebelum mandi korang hendaklah memastikan keadaan pantai terlebih dahulu.
Bagi korang yang membawa anak eloklah mandi di kawasan yang landai.
Selain mandi aktiviti pantai lain yang boleh diikuti di sini ialah mencari remis dan kepah...korek aje pasir kat situ,granti mesti dapat punyalah.Kalau korang nak makan segar aku cadangkan pakai aja air laut untuk rebus remis yang korang dapat tadi,tak perlu tambah apa2....pasti sedap punya lah.
Selain daripada itu bagi meraka yang gemarkan aktiviti memancing,di sini juga ada disediakan kawasan untuk memancing.Bekalan umpan pun boleh didapati di sini.
mencari remis
Pada waktu malam pula aktiviti yang terbaik pastinya BBQ,membakar ayam,daging atau ikan ditemani angin pantai pastinya sesuatu yang indah ditambah pula alunan muzik bagi meraka yang berkaraoke,ianya merupakan pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan.pemandangan matahari terbenam
bot-bot nelayan
papan tanda masuk ke damai laut
simpang masuk ke damai laut
swiss-garden golf resort & spa damai laut
Selepas puas mandi di pantai aku pun bercadang untuk pergi ke suatu tempat yang agak menarik iaitu damar laut.Ramai orang cakap kalau nak melihat pemandangan yang indah di sini,DAMAR LAUT adalah tempat yang sesuai.Terletak kira2 15 minit perjalanan dari teluk senangin,DAMAR LAUT memaparkan pemandangan laut yang indah.Pemandangan seperti pelabuhan lumut atau pengkalan tentera laut (TLDM) boleh dilihat dari jeti awam damar laut di sini.
jeti awam damai laut
pemandangan pelabuhan lumut dari jeti
pemandangan pengkalan tldm dari jeti damar laut
pemandangan lumut dari jeti damar laut
pemandangan kapal berlabuh
Oklah biar aku stop kat sini dulu,belum habis lagi tau,nantikan sambungan di bahagian ke 2 pada minggu hadapan!!!!....
**Posted By Azz (Permenen Member of dikembara.blogsprot.com)
2 comments:
Saya pernah sampai ke sini lebih lima tahun yang lalu. Masa tu tak ada lagi chalet macam sekarang. Terjumpa pulak dengan artis Rina Khan sekeluarga. Dulu kat situ memang banyak sekali belangkas.. yang real, bukan yang kepala hitam..
How to Play Pai Gow Poker | BetRivers Casino - Wolverione
Pai Gow Poker is herzamanindir an online version communitykhabar of casinosites.one a traditional table game in which players place bets gri-go.com in the worrione.com background. Pai Gow Poker uses only the symbols from a
Post a Comment