Sebenarnya dalam bulan puasa ni aku memang tak de mud nak cerita panjang lebar,almaklumlah perut tengah kosong kan!
Walau macam ne pun aku rasa tak eloklah kalau aku tak muatkan apa2 cerita menarik untuk kali ni.Jadi aku rasa aku nak cerita kat korang sikit pengalaman aku beberapa hari berpuasa ni.
Beberapa hari pertama berpuasa ni memang agak membosankan pulakdah tu dengan cuaca yang panas macam ni,pendak kata memang terasa keringlah tekak.Nak dijadikan cerita tengah aku berpusing2 di sekitar Manjung sedang aku menunggu untuk berbuka puasa,aku ternampak kelibat papan tanda Taman Paya Bakau.Selama ni aku memang selalu berulang alik kat sini tapi tak pernah pulak terlintas untuk singgah.Pikir punya pikir aku rasa sebelum masuk waktu berbuka ni eloklah aku singgah sekejap kat sini.
Taman Paya Bakau ni terletak di antara jalan Ipoh – Lumut dan lebih kurang 10 minit perjalanan dari Bandar Lumut.Untuk pengetahuan korang Taman ini mula dibina pada bulan Mei 1994 dan telah dibuka kepada umum pada bulan Januari 1995. Pada tahun 2005, taman ini telah diselenggara dan ubahsuai. Ia mempunyai laluan sejauh 366 m dan selebar 6 kaki yang merentasi hutan paya bakau.
Kali pertama aku jejakkan kaki kat sini memang terkejut jugak lah rasanya,tempat ini sememangnya mempunyai keindahannya yang tersendiri daripada tumbuh2 sehingga hidupan Paya Bakau yang ada di sini,semuanya menarik untuk di ceritakan sehingga terlupa pulak pada perut aku yang kosong ni!
Laluan pejalan kaki yang sejauh 366m dan selebar 6 kaki
Perhentian di setiap perjalanan memudahkan kita untuk melihat setiap pemandangan
Pemandangan pokok2 renik di taman paya bakau ketika air surut
Hidupan lain seperti monyet yang banyak di sini
Monyet ni kena hati2 sikit
Suasana pemandangan macam ni bukan senang nak dapat kat tempat lain
Keindahan di sepanjang laluan pejalan kaki
Keindahan akar pokok paya bakau
Kat mana lagi nak cari pokok akar kat luar kalau bukan kat sini
Pengujung yang tak putus2 datang
Keadaan saliran di taman paya bakau
Pelbagai ionfo mengenai taman paya bakau dan kepentingannya
Menara peninjau
Pemandanga dari atas menara peninjau
Jambatan gantung yang disediakan
Bagi korang yang gayat tu baik lupakan,tapi rugi la
Benih pokok bakau
Panjang jugak laluan ni rupanya
Hidupan lain seperti ketam batu
Selama ni aku memang tak pernah menyangka tempat yang semak macam ni boleh dijadikan taman.Ini betul2 telah mengajar aku untuk menghargai setiap sesuatu yang ada di sekeliling kita.Haaa korang plak tunggu apa lagi,cubalah datang ke sini.Oklah akhir kata dari aku....'jangan lupa bersahur ya'.
**Posted by Azz (permenan member of dikembara.blogspot.com)
No comments:
Post a Comment